Pemilihan Tuan Rumah Piala_Dunia_FIFA_2010

Afrika telah dipilih sebagai tuan rumah untuk Piala Dunia 2010, sebahagian daripada polisi baru untuk penggiliran acara tersebut di antara konfederasi bola sepak (polisi ini ditangguhkan pada Oktober 2007). Lima negara Afrika membuat bidaan untuk menganjurkan Piala Dunia 2010:

Berikutan keputusan Jawatankuasa Eksekutif FIFA tidak membenarkan tuan rumah bersama, Tunisia menarik diri dari proses pembidaan. Jawatankuasa juga membuat keputusan untuk mengetepikan bidaan Libya yang tidak dapat memenuhi syarat tercatat dalam senarai permintaan rasmi.

Selepas pusingan pertama pengundian, bidaan yang berjaya telah diumumkan oleh presiden FIFA dalam satu sidang media pada 15 Mei 2004 di Zurich. Afrika Selatan telah dianugerahkan hak penganjuran kejohanan tersebut, menewaskan Maghribi dan Mesir.[2]

Keputusan:

  1.  Afrika Selatan, 14 undi
  2.  Maghribi, 10 undi
  3. Mesir, 0 undi

 Tunisia menarik diri pada 8 Mei 2004 selepas tuan rumah bersama tidak dibenarkan

 Libya bidaan ditolak: kerana tidak memenuhi senarai permintaan dan tuan rumah bersama tidak dibenarkan

Rujukan

WikiPedia: Piala_Dunia_FIFA_2010 http://maps.bing.com/?mapurl=http://toolserver.org... http://maps.bing.com/GeoCommunity.asjx?action=retr... http://www.chelseafc.com/page/SponsorsAndPartners/... http://www.dishtracking.com/newsdetails.php?news_i... http://soccer.fanhouse.com/2010/05/31/players-disl... http://www.fifa.com/en/media/index/0,1369,101476,0... http://www.fifa.com/live/competitions/worldcup/pre... http://www.fifa.com/worldcup/awards/goldenboot/ind... http://www.fifa.com/worldcup/destination/stadiums/... http://www.fifa.com/worldcup/index.html